isteri yang tidak sempurna...........

saya isteri tidak melaksanakan tugas dengan sempurna..saya akan masuk neraka,saya akan dilaknat...sms saya terima

isteri mana yang tak sayangkan suami,siapa sanggup yang nak runtuhkan umahtangga sendiri,,saya isteri,kalau suami perlukan saya dia tidak akan buat pada saya macam-macam..tapi saya gembira jika sekarang ni dia memperolehi kebahagian,keceriaan dan kerahmatan..Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini,terima kasih kerana memberi saya putera-putera untuk saya...dan terima kasih untuk segalanya..

saat- saat dan hari2 terakhir sy bergelar isteri dia,saya sebak..sebak bila teringatkan lafaz taklik yang pernah dibaca selepas selesainya ijab dan kabul kami...disaat bergelarnya saya seorang isteri..janjinya seorang suami yang memikul tanggungjawab terhadap saya..suami yang menanggung segala dosa saya...suami yang sentiasa bertanya dimana letaknya syurga seorang isteri...?mungkin juga silap saya yang mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarga saya,tapi suami telah izinkan....kerana itulah dia tanya dimana syurga saya?

"papa,sudah takdirnya kita berpisah dalam keadaan begini,tidak mama salahkan papa pun,tapi papa ingatlah kasih sayang isteri dan anak-anak adalah segalanya,papa tidak pernah menghalusi apa yang tersurat dan tersirat kami tiga beranak,kami bertiga tidak sanggup kehilangan kasih sayang dan cinta papa,apatah lagi berkongsi kasih dengan orang lain..Jangan salahkan mama dan jgn pisahkan mama dengan abang long..kena ingat anak sulong itu amat pentingkan kasih sayang kita berdua,jadi jangan lukakan hatinya,jangan ajar abang  bezakan kasih sayang papa atau mama,jangan ajar dia membenci mama sebagai ibu kandung dia...papa,abang pun sama seperti papa,tidak suka berpisah dengan ibu,sepanjang perkahwinan kita dulu mama tak pernah pisahkan papa dengan mak papa...begitu juga dengan abang long tu...sebagai papa kena bagi dia didikan dan asuhan yang terbaik untuk dia..",jagalah dia dengan sebaik mungkin...Insyaallah dia akan berjaya didunia dan akhirat"

papa,tentang adik tak payah dibimbangkan,Insyallah mama cuba untuk mendidiknya dengan sebaik-baiknya.Ilmu agama akan mama cuba terapkan pada adik......Jangan bimbang,mama akan cuba untuk adik mengenali papanya...

papa, walau jodoh dan pertemuan kita setakat ini,hubungan sesama manusia takkan putus,sudah takdirnya kita berakhir begini,,,hubungan sesama insan yang masih ada dua orang putera..kasih sayang mama terhadap rumahtangga kita dulu tiada bandingan papa,memulanya akad ijab kabul tu...cuma jodoh kita je tak panjang...jauh disudut hati ini untuk membenci orang yang pernah hidup bersama..Ampun maaf dipinta walaupun papa tidak pernah memaafkan mama....dan juga tidak pernah meredhai mama...

***kali terakhir saya membahasakan diri saya sebagai mama dan memanggilnya papa..............sayu dihati..

pada anak sulong saya,anak yang terlalu pentingkan kasih sayang,selalu tanya saya adakah sayang papa dia?anak-anak yang belum mengerti apa terjadi....abang long,walauapa terjadi kasihsayang dan cinta ini  tetap sama pada kamu dan adik,mama doakan anak2 mama akan selamat walau dimana kita berada sayang.
abang long,mama minta maaf banyak2 kerana tidak melaksanakan tugas mama sepenuhnya terhadap kamu,apa mama boleh buat kamu sepenuhnya nak ikut papa...tapi takpelah abang,insyaallah kita bertiga akan bersama setiap detik bersama...adik pun sayangkan abang..

abang long pun terkelip-kelip tengok saya kenapa tidak bergurau senda dengan papa dia,anak2 yang kecil..sinaran mata anak2 yang jernih menjadikan saya seorang yang riang,dalam hati ini penuh kasih sayang pada anak2........adik sudah mula bercakap,jenuh saya melayannya..peneman ke mana jua..buah hati jantung saya..abang long,kerana anak ini saya bergelar mama,lahirnya dia secerah mentari di awl pagi..Insyaallah hidup ini diteruskan selagi Allah mengizinkan saya dimuka bumi ini..





2 comments:

  1. tiada siapa yg sempurna di bumi ini..
    Setiap hamba Allah di uji dgn ujian yg berbeza mengikut kemampuan hamba-Nya..

    Semoga terus tabah dan kuat ..Ada hikmah dan rahmat di sebalik semua ujian..

    ReplyDelete