bercakap tentang dia air mata saya menitis,insan ini juga meninggalkan 1001 suka duka kenangan bersama..
insan yang buat saya sedih setelah kelahiran anak kedua,tidak saya salahkan dirinya,biarlah moga2 dia bahagia untuk hari ini dan selamanya..mencari insan terbaik dan yang sempurna,mampu membahagiakan kehidupan dia..
apalah yang ada pada saya,??
insan yang serba kekurangan,insan yang teramat kasihkan suami dan cintakan umahtangga,tapi apakan daya jodoh kami tak panjang..suami nikah muda selepas kelahiran adik,anak2 masih kecil,anak2 yang masih memerlukan perhatian dan kasihsayang dari seorang ayah...dua tahun juga dia berubah,mencri kesalahan saya,rupa-rupanya kasih dia beralih pada yang lain..dugaan buat saya dan anak2...
isteri mana tak cemburu dan tak tercabar bila perempuan lain mengambil suami sendiri? tapi jodoh tu adalah pinjaman yang Esa..biarlah dia dah ketemu kebahagiaan ..
tapi saya bersyukur kerana masih dapat menikmati kehidupan ini,,bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melihat cahayamata yang masih memerlukan kasihsayang...melihat anak-anak membesar ,adik yang boleh mulut dan abg yang dah nak mula persekolahan tahun depan.Terima kasih YA ALLAH...
S.a.b.a.r dengan runtuhnya sebuah ikatan perkahwinan yang suatu masa terpatri indah membuatkan saya redha dan kuat..bukan saya menolak qada dan qadar sebagaimana yang dia katakan,bukan saya menolak poligami,bukan saya berdendam,bukan saya tidak redha dengan apa terjadi....bukan saya nak salahkan orang lain...tapi sebagai nakhoda kapal sudah bersedia semua dengan apa yang terjadikan..dimana benar dan sahihnya hanya Allah yg tau..
✿ Kepada para suami....
Sayangilah isteri pendampingmu...
Seperti engkau menyayangi dirimu sendiri.
Jika engkau menyakitinya...
Ingatlah bahawa engkau telah menyakiti dirimu sendiri....
Kerana isterimu adalah mahkluk yang terindah yang diciptakan dari tulang rusukmu...
Isterimu adalah sebahagian daripada dirimu ....
✿ Kepada para isteri...
Sayangilah suami pendampingmu ...
lebih dari engkau menyayangi dirimu sendiri
Kerana merekalah yang akan menentukan kamu ke syurga ALLAH SWT...
Berbaktilah kepada suamimu...
Kerana syurgamu terletak pada keridhoan suamimu...
✿ Kala hati telah bersatu di dalam perkahwinan yang murni maka jagalah ia dengan kesetiaan...
✿ Jangan pernah melukai hatinya dan jangan pernah mengkhianati cinta sucinya...
sepanjang perkahwinan dengannya,saya sempat tinggal dengan suami selama 5 bulan sahaja tanpa keluarga dia,bertahun2 saya menumpang kasih dirumah keluarganya..betul2 menumpang kasih suami dan keluarganya..segala kekurangan saya didedahkan kepada semua orang bila saya tak diperlukn dalam keluarga mereka dan telah dapat seseorang yang mampu memberi kepuasan pada semua ....saya berkecil hati tapi biarlah...
No comments:
Post a Comment