mama,cukuplah datang sini,pergi balik..

dah dua hari waktu lunch saya ke rumah pengasuh,niat untuk tengok anak2,rindu mengatasi segalanya,,kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu untuk anak2nya tidak dapat dinilai.

abg long,jangn lari nak,jangan lari dr mama!!kamu anak yang baik..kamu anak sulung mama yang mama tatang bagaikan minyak yang penuh..mama hanya datang untuk tengok kamu dirumah pengasuh,,kamu anak yang snetiasa menceriakan mama...

abang marah mama kan...dah pandai halau mama dari umah pengasuh...saya tau sebenarnya marah dia pada saya yang tiada bersama2nya...dendam rindu yang anak rasakan pada saya,,saya peluk erat tubuhnya..nangis dlm kerinduan....anak yg cukup beremosi,cukup sayang pada ibubapanya.amat rapat dengan papanya sehingga saya tak sanggup tamak untuk memaksa tinggal bersama2 saya...cuma doa supaya satu masa nanti kami akan bersama2 walau papa dia sudah tidak bersama kami lagi.......abg long,panggilan manja saya padanya,abang dia bahasakan diri dia,anak yang amat mendengar kata..anak yg kuat beremosi,anak yg amt manja dan semuanya nak lengkap..
seorang anak yg suka bergurau....dan amat pentingkan kasihsayang....dari kecil lagi abang diasuh dan dididik melalui kasihsayang..tiada kekasaran ....sbb tulah jiwa nya lembut...matanya selalu dipenuhi kasih sayang...
saya bersyukur kerana mengandungkan dan melahirkannya,tiada kesakitan semasa melahirkan nya...walaupun sejam bertarung untuk keluarkan dia dari perut ini..Alhamdulillah,,seputih kain putih itulah putera sulongku.............yang bersih dari dosa.
abg long,apa yang terjadi bukn kehendak mama sayang,bila besar nanti kamu bacalah blog ini satu persatu,supaya anak mama faham sayang..........

No comments:

Post a Comment