sedetik cuma..

kerinduan ini membuatkan aku lupa pada penat dan perjalanan yg jauh untuk bertemu dengan anak2 walaupun sedetik cuma...
lupakan sms dari papa mereka yang mengucapkan terima kasih atas gambar perkahwinnnya dan juga hebahan tentang perkawinan mereka..dan mengaingatkan saya tentang pesanan lawyer saya...sekeping gambr perkahwinan mereka berlegar2 di wall fb,dia marah dan pelbagai tohmahan yang dia kata pada kami sekeluarga..biarlah hak dia...
saya  berdiam diri,..jika pihak sana banyak menyakitkan hati saya,pamerkan gambar semata2 nak tunjuk betapa bahagiakan mereka...betapa suami tak perlukan saya...betapa bencinya suami saya pada saya....betapa buangnya saya dalam kehidupan suami saya dan keluarganya...
saya taknak pertikaikan apa yang mereka buat,asalkan mereka bahagia dan perancangan yang mereka buat sudah berjaya...
Jika suami duk mengata saya suka selongkar barang-barangnya,dia sengaja letak slip mykid dalam beg laptopnya supaya nak hebohkan perkahwinan  dengan orang yang dia cintai,,biarlah dia..
anak2 andailah kamu sudah besar boleh mama berkongsi rasa,tapi kamu berdua masih kecil,yg saya mampu peluk erat anak2...
saya pening kepala dengan mesej2 dan sms untuk adik2 saya,jika dah nampak saya ni hisetria,saya jahat..kenapa masih lagi gantung saya tak bertali?kenapa masih lagi nak menegakkan benang yang basah?masih lagi nak cari kesalahan orang lain?

memang saya tak mampu nak bentangkan permaidani merah untuk menyambutnya pulang,tidak mampu meredah lautan berapi untuk meraih cinta dan kasih sayang dari suami,cukup bg saya menjadi diri sendri....dan kasih sayang ini.............kasih sayang untuk dia dan anak2 saya......

jika dia  mempersendakan dan mempersoalkan betul ke hanya ada kasih sayang.........beginilah kasih sayang pada Allah adalah segala2nya..tp sebagai manusia cinta,kasih dan sayang tetap wujud dalam jiwa ini,saya betul2 didik dan asuh anak sy dlm kasih sayang,harta takde..emas permata pun takde,yg ada cuma kasih sayang,,,adik dan abang hari2 duk sebut sayang pada papa dan mama,adik dan abang...

kasih sayang ni lahirnya dari hati yang ikhlas,bukannya dimulut sahaja....jika sejuta kali sebut sayang pun kalau dalam hati tiada perasaan itu,tiada gunanya...
bila kita kehilangan seseorang atau sesuatu barang yang berharga dalam kehidupan kita,barulah terasa kehilangan itu...yang mengatasi adalah keegoaan.

anak2 sayang,mama cuba jd ibu yang terbaik utk kalian berdua,sentiasa berdoa kita pasti akan bersama satu ketika dan detik nanti..Insyaallah..

No comments:

Post a Comment