lagu abang long

Satu… kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga… lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat… mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

Lagu yang membesarkan ank sulungku..lagu yang membuat lenanya panjang...tapi mama tak pandai nyanyi,..hihi..siang malam,setiap saat dan detik rindukan anak-anakku..terutamanya anak sulungku yang ada dalam jagaan papa nya..biarlah asalkan dia gembira dan selesa bersama papanya,aku biarkan saje..bukan tak sayang anak,tp sayangnya dia pada papanya terlalu mendalam,...kadang2 timbul rasa tak puas hati bila ramai yg mengajar anakku tu,menghasut itu ini...alahai zalimnya manusia tu...terkilan juga dgn papa dia ,yelah walau benci banyak mana pun pada saya,jgnlah pisahkan saya dan anak-anak,apa salahnya masa hari raya sms ke apa utk saya bertemu dengan abg long dan adik bertemu dengan abgnya..
hari raya ke 4(22.8.2012),ptg tu terima kasih yang tak terhingga kerana sms katakan ank ok..Syukur alhamdulillah...Pagi hari khamis pengasuh beritau anak saya masuk wad,tp saya tak dpt berita dri pihak suami,tak salah kalau dia taipkan satu sms untuk saya tau keadaan abg long anak saya,saya mama dia...

No comments:

Post a Comment