Bila hati berbicara.............

Cinta dan airmata...........

rindu pada anak-anak,terutamanya anak sulungku,pada 29.8.12,dia balik awl,takde dirumah pengasuh,,Sebak didada,tapi takpelah apa boleh buat...

2 september 2012,adik tak nak duduk ngan pengasuh hari ini,tak taulah kenapa..budak-budak


Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna 




Terlerailah satu ikatan cinta


“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”



terasa sayu membaca lafaz taklik di atas.........didalam dunia ni tiada pun perempuan yang ingin rumahtangganya runtuh..................melainkan sebab2 yang mmg tidak dapat dielakan..

begitulah dengan aku,runtuhnya dan terlerainya satu ikatan pernikahan dulu,tiada kata yang boleh memujuk hati melainkan berserah pada penciptaNya...Air mata mengalir tanpa dipinta,

tanya sama hati...

pagi ni bersarapan teh susu kegemaran dan sebiji karipap sekadar alas perut di pagi hari..perjalanan satu jam membuatkan aku boring,terasa jauh..mula teringat kenangan lama..perut terasa lapar lagi,aduhai kuatnya aku makan...
hari ni nak buat keje line internet slow sangat,nak smbungkan kerja tertangguh yg memenatkan otak,yng berbulan2 aku buat...tp terpaksa tinggal sbb terlalu banyak bebanan keje..hahhahha..

ari ni akhirnya dapat melihat gambar baby yang ditunggu2..

sabar lah wahai hati

berdiam diri bukan bermakna untuk bermusuh,kadang-kadang diam ini amat bermakna disaat begini..usah diheboh keaiban dan kekurangan saya,cuma yang saya pinta cuma pengertian...pengertian dari seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini dan pernah melayari cinta bersama2,dikurniakan dua putera...memberi jalan penyelesaian yang terbaik untuk saya..........saya tk pernah berdendam pun.
terlalu banyak kekurangan dalam diri ini,kejahilan agama yang selalu diperkatakan,,, jangan bimbang saya sedar kekurangan yang saya ada.......

lagu abang long

Satu… kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga… lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat… mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

Lagu yang membesarkan ank sulungku..lagu yang membuat lenanya panjang...tapi mama tak pandai nyanyi,..hihi..siang malam,setiap saat dan detik rindukan anak-anakku..terutamanya anak sulungku yang ada dalam jagaan papa nya..biarlah asalkan dia gembira dan selesa bersama papanya,aku biarkan saje..bukan tak sayang anak,tp sayangnya dia pada papanya terlalu mendalam,...kadang2 timbul rasa tak puas hati bila ramai yg mengajar anakku tu,menghasut itu ini...alahai zalimnya manusia tu...terkilan juga dgn papa dia ,yelah walau benci banyak mana pun pada saya,jgnlah pisahkan saya dan anak-anak,apa salahnya masa hari raya sms ke apa utk saya bertemu dengan abg long dan adik bertemu dengan abgnya..
hari raya ke 4(22.8.2012),ptg tu terima kasih yang tak terhingga kerana sms katakan ank ok..Syukur alhamdulillah...Pagi hari khamis pengasuh beritau anak saya masuk wad,tp saya tak dpt berita dri pihak suami,tak salah kalau dia taipkan satu sms untuk saya tau keadaan abg long anak saya,saya mama dia...

rindu yang panjang

Rindunya mama pada abang long....

Abg long,
mungkin hari ini kita terpisah,esok insyaallah kita pasti bersama,,ni dugaan buat mama,mama tabah dan pasrah..Alhamdullillah diberi kekuatan dan ketenangan daripadaNya...

abg long,tidak pernah mama salahkan sesiapa ngan apa yang terjadi,semua org ingat mama berdendam,tidak sama sekali...apa yang papa kamu katakan silap belaka,

abg long,kali ni pertama kali mama beraya tanpa kamu,rindu serindunya,apakan daya kan,raya ke 4 mama dan adik bertemu kamu,ari ni kamu lelah,sebak didada..itupun 45 minit kita bertemu.mama sayang sangat kamu dua beradik,kamu baru umur 4tahun lebih,tp mulut macam org tua..kamu dari kecil lagi amat menyayangi papa kamu,amat rapat,segala2nya papa kamu...mama cuma nak kamu dapat semuanya terbaik utk anak mama,
mama tak pernah halang pun percintaan dan kasih sayang sejati papa kamu pada bini muda dia,papa kamu boleh cari yang terbaik dari mama,alhamdulillah dia dapat kesempurnaan yang di cari...kebahagiaan yang di kejar selama ini...
abang long,dua bulan sudah berlalu,boleh kira kamu bersama2 mama,sabarlah nak..setiap kejadian sudah tentu ada hikmah yang tersembunyi..

Pesanan buat putera-puteraku

Putera-putera ku sayang
 
Andai nanti aku tua ,
Ngertilah kau,
Jika aku lupa cara memakai sepatu ,
Ingatlah saat ku dulu mengajarimu.

Kalau aku berulang kali mengatakan sesuatu,

Bersabarlah,
Jangan memotong pembicaraan itu,
... Walau kupingmu sudah bosan .

Jika aku seketika lupa asal usul pembicaraan,
Berilah aku waktu untuk mengingatinya,
Bagiku,
apa yang dibicarakan tidak penting,
Asal kau ada disamping mendengarnya.

Saat kau kecil aku selalu mengulang cerita,
Telah beratus kali ku ulang baca agar kau tertidur dan gembira,
Andai ku tua nanti, rengkuhlah jemariku,
Ulurlah  perhatianmu yang tak pernah henti.

Kalau perlu kau memandikanku,
Ingatlah,
dulu waktu kecilmu aku harus memakai seribu cara untuk membujukmu,
Kalau aku tak ngerti informasi baru,
Ingatlah,
dulu aku harus bersabar menjawab beribu soalan darimu.

Nanti, andai aku lemah dan tak sanggup menongkah kaki,
Ingatlah saat kau belajar untuk berdiri,
Ulurlah tanganmu yang masih gagah,
Seperti saat aku dulu membimbingmu.

Kini, temani aku menjalani sisa hidup,
Berikan tulus kasih  mu,
Biar ku balas dengan rasa syukur,
Serta cinta tak terukur.
 
Andai nanti aku tua ,
Tiba waktu tuk pergi,
Panjatkanlah selalu doamu padaNya Yang Maha Tinggi,
Kerana doamu melesat bagai cahaya ke alam kuburku…menerangi...

Jangan tangisi dan ratapi aku dengan kesedihanmu,
Berdoa dan perbanyaklah ibadat baikmu,
Doa anak soleh yang dapat membantu,
dan menjadi pelita dalam kuburku.

Jadilah orang yang berbakti,
Isi hidup dengan hal yang bererti
Agar ,
Dia mempertemukan kita kembali,
Di taman syurgaNya yang abadi….

"what goes around comes around"



[Wheels.JPG]

SMS

Sms dari muda bini suami saya bila saya tanya kenapa kawin dgn suami sy...

macam tu la rasa masa awk amik ******** dr sy dulu,sy yg dulu perit,pedih..bertahun2,so cam ne rasa if org yg kita cinta sgt2di ambil org?alhamdulillah Allah dengar doa saya,kembalikan ****** pada saya dan jd suami yg terbaik utk saya..

beginilah cara percakapan orang yang alim?suami saya tak pernah berterus terang sebelum nikah,yang saya tau suami hanya perlukan saya sebagai suri idupnya dan sentiasa menjadi suami terbaik untuk saya dan bapa terbaik untuk anak2 saya.saya bahagia dgn suami saya..Bila suami nikah dgn perempuan itu saya terima dengan terbuka,walaupun suami saya tidak pernah mintak maaf..Ayat pertama yang diluahkan hanya menyesal tidak sudah-sudah...Sekadar menolong seorang perempuan yang takde orang hendak yang telah lanjut usianya..
apalah yang hendak dinyesalkan...?

hanya orang yang tidak terima qada & qadar Allah saje yang merasa perit,pedih dan berdendam...

Cinta dan sayangkah suami saya pada perempuan itu??mungkin suatu masa nanti akan terjawab,....




kelahiran dinanti

Mengandungkan anak kedua adalah kegembiraanku,yelah anak sulong takde kawan..bila ada adik boleh lah buat kawan..tiada alahan dan banyak berdikari..Pergi klinik tanpa ditemani suami,mungkin kesibukan suami,jd saya banyak uruskan sendiri..
Kelahiran adik amat dinanti,bersyukur kerana diberi peluang untuk mengandungkan anak kedua kami..hadiah kepada suami...pewaris kami..cinta kami..penyambung keturunan kami,,,,,,,tanda kasih sayang kami,,,semuanya indah....
pakaian dan kelengkapan semua baru untuk adik,tiada beza rupanya antara anak sulong atau kedua,,,tetap sama,,tetap gembira..

Dugaan kehidupan seorang isteri

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19)
 


KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Dua tahun berlalu,aku telah kehilangan insan yang kucintai dan sayangi,insan yang membawa aku ke alam bahtera umahtangga,syukur kerana aku diberi peluang untuk hidup bersama-samanya walaupun sekejap.setiap detik aku berfikir kenapa suami jauh berubah,rupa-rupanya dia nikah lain..tiada kata yang mampu diluahkan,cuma rasa terkilan..tidak salah rasanya suami beritahu saya sepatah tentang pernikahan suami dan kekasihnya...terjawab sudah segalanya..

bercakap tentang hati,sebenarnya hati saya benar2 runtuh...alasan yang suami beri pada saya nak suruh saya rasa apa yang dilalui oleh kekasihnya  pada satu ketika saya dan suami nikah, itulah yang pertama sekali keluar dari mulutnya.Rupa-rupanya suami tidak perlu saya dalam kehidupannya,saya hanya sandaran sebelum dia kembali pada kekasihnya..begitulah lumrahnya kehidupan ini...

bersyukur kerana saya masih lagi diberi peluang untuk melayari kehidupan bersama2 dengan anak saya,walaupun hanya adik yang tinggal dgn saya.Rindu pada anak sulung membuatkan hati ini sayu,ingin rasanya setiap malam ku peluk tubuh kecilnya.
 setiap kali bertemu mesti tanya pada aku,adakah aku  menyayangi dia..sungguh pandai...sayang,mama sayang abg long hingga ke syurga,petah anakku bertanya itu ini,macam2 cerita yang dia luahkan...

tidak sabar untuk bertemu dengannya,masa yang ku tunggu akan tiba suatu masa nanti insyaallah,akan ku jaga putera2 ku dengan sebaik mungkin..insyallah 

umahtangga yang terbina dulu adalah seikhlas mungkin,sy menerima dia seadanya,baik dan buruknya dia suami saya..dimana dia tinggal,disitulah saya...dimana tempat saya adalah di sisi dia..tnggungjawab yang diamanahkan saya pikul dgn sedaanya,sentiasa cuba untuk menjadi isteri terbaik untukknya..saya bukan hipokrit..kehidupan dibungai dengan kasih sayang yang berpanjangan,itulah harapan saya sebagai isteri..saya akui terlalu banyak kekurangan yang saya ada,

saya tidak pernah meminta diluar kemampuan dia,cukuplah menghargai saya sebagai isteri dan juga ibu kepada permata kami,jika saya cetek pengetahuan agama,saya jahil,sy perlukan dia untuk betulkan kekurangan yang ada itu,saya perlukan acuan daripada seorang suami......baik suami baik juga isteri ini..saya juga perlukan suami sebagai imamkan saya dan anak2........................

dari bermulanya saya bergelar isteri padanya,mmg tumpuan saya pada umahtangga,saya tinggalkan keluarga untuk layarkan bahtera umahtangga dengannya,semuanya kerana dia..yelah syurga isteri dibawah tapak kaki suami..
kebahagian yang saya doa2kan hingga ke syurga...tp apakan daya






tinggallah sayang tinggallah pujaan

Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa
Oh mengapa kau utuskan sengsara
Kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alihkan cintamu padanya
Chorus
Ooo sebak rasa ku menahan derita
Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang
Ooo sayang inikah balasanmu terhadapku
Seorang insan yang amat menyintai dirimu
Kering airmata
Kesal tetap nyata
Jernih air di muara
Luka tetap ada
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga
Ulang Chorus
Kering airmata
Kesal tetap nyata
Jernih air di muara
Luka tetap ada
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga
Kenangan yang lama ku tinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yang lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan