2012 yang ku tinggalkan..

1.1.2013,terima kasih ya Allah kerana aku masih lagi dapat menikmati alam duniaMU...1.1.2013 episod duka dan terharu saya sebagai seorang ibu masih terasa....

22.12.2012

 http://janganbersedih.blog.com/files/2011/01/Jangan-bersedih.jpg
22.12.2006 itulah tarikh keramat bagi saya dan dia,suatu kenangan yang tidak mungkin saya lupai..Tarikh ini tarikh akad nikah kami,pernikahan yang meriah ku kira pada masa itu...alhamdulillah aku ditemukan jodoh dengan insan yang ku pilih sendiri...bermulanya tarikh aku bergelar isteri ,dikurniakan dua org putera...

22.12.2012 ,ingin rasanya tarikh ini berlalu meninggalkan ku tanpa disedari....biarkan semuanya berlalu...biarkan ia menjadi satu sejarah buat aku dan dirinya..satu memori...satu sejarah kehidupan...sudah 6 bulan rupanya kami tidak tinggal sebumbung,masing2 membawa haluan sendiri...bersyukur kerana dia sudah ketemui cintanya yang dapat membahagiakan kehidupannya...seseorang yang dapat menjaganya sepenuh hati,,seseorang yang memenuhi citarasa jiwaraganya..........

Kita manusia tidak dapat melawan takdir Allah. Redha atas segala ketentuan Ilahi"...Alhmdulillah saya dapat menerima dan redha dengan kehilangan seorang insan yang bernama suami,seseorang yang pernah saya cintai dan sayangi sepenuh hati ini,tiada harta benda yang mampu sy kongsi bersamanya melainkan kasih sayang dan cinta seorang isteri pada suami..seikhlas hati ini,tapi apakan daya jodoh kami tak panjang,takdir yang memisahkan kami...saya bahagia kalau dia bahagia dengan insan yang di cintai..cukuplah bagi saya dengan kehadiran dua orang hero ..syukur walaupun dugaan yang datang ini amat berat buat saya dan anak2..dugaan yang pisahkan saya dan abang long...harta dunia akhirat saya,,Insyaallah saya dan anak2 akan bersama suatu masa nanti...
yang tinggal hanyalah sisa2 kenangan kami bersama,kenangan kami sebagai suami isteri,kenangan suka duka kami...kenangan umahtangga yang kami bina,kenangan cinta kami.............kenangan majlis perkahwinan kami...kini semua sudah menjadi sejarah...sayu pulak rasanya di hati ini..ingatkan umahtangga yang kami bina ini kekal samapi ke mati,rupanya hanya separuh jalan...tidak tercapai impian aku untuk meniti hari2 tua bersama-samanya............................itu sudah takdirnya..

"Jangan bersedih",buku ini saya baca sejak adik berusia dua bulan lagi,luka lara saya tiada siapa yang tau...buku itu juga sikit sebanyak menguatkan semangat saya..banyak mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan..........

saya rindukan pantai,..sehingga kini saya masih tidak mampu untuk menjejak kaki ke tempat2 yang pernah saya jejaki bersama2nya..semua kedai makan tempat biasa kami makan saya tidak mampu tengok...dan tidak lagi saya kunjungi...berat rasanya kaki...........abang long dan adik juga seperti saya,amat cintakan pantai..suka dengan kedamaian pantai,leka dengan keindahan pantai ciptaan illahi,pantai juga penenang saya dikala keresahan.........pantai pengubat segala resah gelisah.....................




detik dan ketika ini.........

bila saya berbicarakan tentang pengasuh anak2,bukan ingin membuka cerita apa2...kenapa baju kotor abang long tidak beri pada saya...??saya minta pun tak bagi..kadang2 saya pelik,apa salahnya baju tu saya basuh,abang tu anak saya..dua kali sms pada papa nya,bertanyakan tentang sekolah abang dan baju abang...tapi tak dijawabnya...bagi saya walau benci mcm mana pun pada saya,jawablah sms bukannya saya nak mengatal dengan dia,cuma pasal anak2...egonya...................
saya bersyukur anak sulong saya dah mula bertentang mata dengan saya setelah hampir 6 bulan matanya tidak memandang saya sebagai mama kandungnya..saban hari saya mendoakan agar abang long saya kembali sewaktu dulu......kasih sayang saya hanyalah pada anak2,mereka berdua lah penyambung warisan dah harta dunia dan akhirat saya..merekalah cinta,jantung dan nyawa saya,tanpa anak2 mungkin saya tidak sekuat ini...walaupun setiap hari saya mennagis kerana rindukan anak sulong saya....cintahati saya...tidak ada pun seorang ibu yang sanggup berpisah dengan anak sekecil itu,melainkan apa terjadi pada saya dan ilang sabar ni...
bila fikirkan situasi saya yang masih menghantar adik ke rumah pengasuh mmg tidak wajar kerana banyak negatif dari positifnya,demi anak2 saya kuatkan jiwa juga..tahun depan abang long sudah sekolah,ingin rasanya tukar pengasuh adik,tp disudut hati ini tertanya2 adakah abang bersekolah separuh hari atau hingga ke petang.......kalau sekolah separuh hari insyaallah saya akan hantar adik sebelah petang...supaya mereka dapat bermain bersama............

kalau abang bersekolah hingga ke petang,saya akan cuba bertemu dengannya diwaktu petang....tapi saya tidak diberitahu mcm mana alam persekolahannya...saya dah bertanya papa mereka,biarlah..langsung tiada jawapan....semoga suatu masa nanti dilembutkan hati dia untuk memberitahu pasal persekolahan abang long



derita ini....................

derita saya kerana merindui anak kecil itu,merindui anak sulong sy,11 disember 2012,abang takde diumah pengasuh,,kenapa selalu tak hantar anak?saya juga ingin bertemu dengan anak saya..........terlalu sabar saya..tido tidak lena,..
waktu lunch boleh katakan saya pergi jenguk2 anak2 setiap hari,Alhamdulilah abang long semakin ok dengan saya,dah kuranng sikit kata saya mama jahat,mama itu mama ini,syukur padamu,,,
abang,seorang yang taksub pada lukisan lori dan seorang yang perfect person..melukis sejak berusia dua tahun lagi,,,walaupun lukisan tu tak cantik,tapi ada rupanya...kadang2 aku tersenyum melihat gelagatnya,sanggup lap selipar jika ada kotor sikit2 ditepinya,amat pentingkan kebersihan ...amat pentingkan kebersihan sepertiku...
adik ank kecilku itu juga minat dan perangai saling tak tumpah macam abang dia,berminat dengan lori,robot...pantang jumpa mainan..bezanya adik seorang yg keras semangat....abang yang manja,abang anak sulong kot... adik yang garang....tapi adik akan bg pinjam barang dia pada abang....


pesanan untuk-untuk anak kesayangan ku

Wahai !! anak-anakku 
Ingatlah pesanan ibumu ini
Ingatlah sayangku setiap tingkah laku mu itu
Dan setiap kata-kata ibumu ini
Adalah penyuluh masa hadapan mu..

Ingat wahai anak-anak ku
Nasihat ibu adalah buat bekalan hidup mu
Moga kata-kata ibu mu ini menjadi penyegar hari-harimu
Buat diri mu dan hidup mu selalu..

Ingatlah anak-anakku
Bila ibu mu ini sudah tiada lagi nanti
Hanya ingatan dan nasihat ibumu inilah yang
Akan kekal menjadi ingatan dan akan
Kekal di minda dan memorimu..

Jangan sesekali anak-anakku
Kau ingkar segala arahan dan suruhan Allah
Agar segalanya itu akan menjadikan bekalan
hidupmu di dunia dan di akhirat nanti 
moga hidup anak-anakku akan sentiasa diberkati selalu..

Akhirnya nanti kau akan sedar wahai anak-anakku
Pesanan,nasihat,dan marah ibumu ini
semuanya adalah untuk mu anak-anakku
Nasihat ibumu ini akan sentiasa menjadi ingatan 
yang sukar kau lupakan di suatu hari nanti
Di masa itu kau akan sedar betapa segala nasihat
 dari ibu mu inilah yang selalu
menyayangi diri mu selalu dunia dan akhirat
Wahai anak-anakku
Ingatlah pesanan dari ibumu selalu

umah sewa itu.........

umah sewa yang aku diami selama 5 bulan 15 hari telah berubah penghuninya..umah sewa menjadi opis,,barang2 aku yg sikit tp bermakna kerana hasil titik peluh ku sendiri,dibeli dengan penuh kasihsayang,,untuk kegunaan keluarga..aku halalkan semuanya untuk orang yg mendiami umah tu...
anak2,umah itu merupakan kenangan manis mama kita bersama setelah sekian lama idup menumpang diumah orang tua papa kamu...
anak-anak aku membesar ...walupun msing2 ada kekurangan..papa mereka sudah bahagia dengn cinta hatinya..tiada yang kudoakn melainkan anak2 dibawah lindungan mu ya Allah..anak2 aku yang belum mengerti apa terjadi,kenapa dan mengapa semua ini terjadi...hati ini masih lagi terasa dengan apa terjadi,tp ku kuatkan semangat dan tidak mau emosi ini terganggu...biarlah dengan manusia yang menyakitkan hati ni,